Encik Yaacob telah menjelajahi lembaran sejarah negara kita yang akan dikenangi sebagai salah satu detik peralihan iaitu dari Zaman Reformasi hingga Pilihanraya Umum ke-12 pada tanggal 8 March 2008 yang penuh bererti itu.
“Penglibatan aktif ana bermula sebagai seorang ahli biasa Pas Cawangan Batu 4, Gombak sehingga diberi kepercayaan menjawat timbalan ketua cawangan.” ulasan beliau bermula.
“Saya banyak melibatkan diri dalam kempen pilihanraya sejak Zaman Reformasi lagi. Ketika itu, demonstrasi diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad. Semasa pilihanraya, kami memang komited dalam mengendalikan bilik gerak. Kami buka lebih awal dan lama daripada pesaing kami. Kami juga menjalankan kerja-kerja lain seperti menaikkan bendera dan sebagainya. Semua ahli Pas bergiat atas dasar ‘suka dan rela’.
“Dalam Pilihanraya Umum ke-12 2008, saya terlibat dengan kempen YB Wee Choo Keong di kawasan Wangsa Maju dan pengalaman paling seronok adalah menjadi ‘emcee’ semasa ceramah. Pada hari mengundi, meskipun dilandai perasaan perit menjaga pusat pengundian di Sekolah Chung Hwa, saya telah dapat merasai perubahan besar akan berlaku pada malam sebelum hari mengundi dan hari mengundi itu sendiri.
“Selepas kemenangan YB Wee Choo Keong di Wangsa Maju, saya telah diberi kepercayaan menjadi Pembantu Khas kepadanya. Ini adalah kejutan besar kerana jarang nampak seorang ahli Pas dapat jadi pembantu kepada seorang Wakil Rakyat bukan Pas dan kami harap ini akan merobohkan prasangka orang Pas tidak boleh bekerja dengan orang bukan Pas.
“Pada mulanya, pusat perkhidmatan Wangsa Maju kelam kabut sedikit kerana para pengundi di sini mengharapkan perubahan drastik ke atas masalah yang melandai mereka selama 10 tahun tetapi setelah kami menerangkan masalah yang kami hadapi sebagai ‘pembangkang majoriti’ di Kuala Lumpur, mereka mulai memahami kedudukan kami yang sebenarnya dan para pengundi selama ini telah memberi kerjasama serta sokongan yang baik. Tidak boleh lupa juga sokongan dan kerja sama daripada pejabat perkhidmatan Pakatan Rakyat lain yang sama-sama berjuang untuk rakyat Malaysia.
“YB Wee adalah seorang Wakil Rakyat yang amat profesional dan setelah bekerja dengan beliau, saya dapat memahami betapa sukarnya bagi beliau melaksanakan tugasnya. <Saya dapat melihat transformasi yang berjaya dilalui oleh Encik Yaacob sebagai seorang pejuang kepada seorang pentadbir; hancurlah tohmahan pihak BN bahawa PR hanya tahu mengkritik sahaja>
“Masalah utama kita adalah sikap birokrasi pihak DBKL tetapi setelah setahun ‘bergelut’ dengan mereka, maka mereka juga memahami tindakan kami yang ‘keras’ dan masalah di Wangsa Maju telah diberi layanan yang sepatutnya. Kini masalah yang tinggal hanyalah bersifat ‘teknikal’ sahaja.
“Selepas penglibatan saya yang hampir 10 tahun, saya dapat rasai rakyat kian matang dan telah menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam menilai arus politik yang mereka kehendaki. <Semasa rencana ini ditulis, seorang nenek Cina tua berusia 70 tahun yang dibantu oleh Yaacob memberitahu kami bahawa undinya adalah kepada Dato' Lo Lo> Saya yakin perubahan besar akan berlaku dalam pilihanraya yang akan datang dan saya percaya, KUASA RAKYAT ITU AKAN DIANGKAT.”
Inspiring story to date. This posting sums up accurately the situation in P.116 right after the Elections 2008. Thanks, Yaacob, for the good job done in the constituency. On a personal level I have learnt a lot too about DBKL- how nasty they can be in terms of race equality.
ReplyDeleteYaacob is also a great walking ambassador of PAS and I remain in awe the incredible sense of socio-political discipline possessed by PAS members.