Pendaftaran pengundi cetuskan perbalahan
3 orang cendera termasuk dua orang ADUN
Ulasan foto
1. Pihak yang dipercayai daripada Pemuda UMNO ingin merampas meja dan mencetuskan perbalahan. Seorang pemuda berbaju hitam memukul meja dengan baton pengawal (nota penterjemah: mengapa polis tidak tangkap budak yang berbaju hitam ini? Mungkin terdapat berbezaan antara undang-undang di Perak dan Melaka)
2. Seorang pemuda diheret dan dipukul (rujukan lakaran garis merah) namun nasib baik seorang polis (berbaju jingga) sempat memberhentikan pengacau daripada terus membelasahnya.
Melaka 2 Julai: DAP Melaka menjalankan kerja pendaftaran di pasar malam dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan Pemuda UMNO sehingga mengakibatkan kekacauan dan perbalahan. Seorang pemerhati pun kena serang beramai-ramai dan dua orang ADUN DAP pula mengalami cedera ringan.
Perkara ini berlaku kira-kira pada pukul 8:45pm di Pasar Malam Melaka Baru. Ketika itu DAP sedang mengadakan aktiviti mendaftarkan pengundi dan Pemuda UMNO anggap ini sebagai mempolitikkan pasar malam dan membuat bantahan.
Salah seorang Ketua Pemuda UMNO yang hadir di situ adalah Naib Ketua Bukit Kadi Encik Mohd Jalani (ejaan mungkin tidak tepat kerana diterjemah daripada perkataan Cina) yang memarahkan pemimpin-peminpin DAP dan PAS di situ dan mengeluarkan kata akhir bahawa mereka mesti nyah daripada kawasan tersebut dalam masa lima minit, jika tidak beliau akan menyuruh pekerja majlis perbandaran merampas meja kerusi itu.
Namun demikian, sebelum genapnya 5 minit, Jalani dan rakan-rakannya pun bertindak, ahli-ahli DAP dan PAS pun segera menahan meja dan kerusi cuba elakkan dirampas. Kelihatan seorang pemuda memecahkan meja dengan kayu baton pengawal dan 4 atau 5 pemuda lagi bingkas mengheret dan memukul seorang lelaki yang sedang memerhatikan berlakunya kekacauan ini.
Dimaklumkan bahawa lelaki ini pun mengalami cedera ringan.
Ketika itu, ADUN Air Keroh Khoo Poay Tiong mengalami kecederaan di dua belah lutut semasa kerusinya ditolak manakala ADUN Kesidang Goh Liang San mengalami kecederaan otot tangan kiri apabila cuba “melindungi” mejanya.
Nasib baik terdapat polis dalam pakaian biasa di situ yang sempat memberhentikan tercetusnya perbalahan yang lebih parah dan mereka membawa seorang pemuda untuk siasatan lanjut.
Setelah berhentinya perbalahan, ahli-ahli DAP dan Pas pun beredar dari situ pada pukul 9:10 malam dan pergi ke balai polis untuk membuat laporan lanjut.
Laporan mengenai peristiwa yang sama in Oriental Daily: Gambar menunjukkan lutut ADUN Ayer Keroh yang tercalar
Nota penterjemah
1. Dakwaan Ketua Pemuda bahawa pendaftaran ini akan mempolitikan pasar malam; mungkin benar tetapi ini juga suatu perkhidmatan ADUN kepada orang ramai mengenali hak asasi mereka dan ini bukanlah perkara yang buruk. Bahkan SPR pun mengadakan tempat mendaftar pengundi di merata-rata tempat. MCA pun mengadakan aktiviti ini di Kondominium Platinum Hill, Taman Melati sebelum March 2008. Adakah SPR dan MCA telah mempolitikan pejabat pos, pasaraya, kondominium dan sebagainya?
2. Encik Mohd Jalani telah mengatakan bahawa beliau akan menyuruh pekerja Majlis Perbandaran merampas kerusi dan meja. Adakah beliau mempunyai jawatan dan kuasa yang berkenaan? Jika ya, saya mengkagumi betapa cepatnya pegawainya boleh sampai dan bertindak dalam masa 5 minit. Mungkinkah adanya bayaran Overtime yang lumayan? Cuba bandingkanlah dengan betapa cepatnya DBKL dan lain-lain Majlis Perbandaran lain bertindak dalam menyelenggarakan kawasan sekitar.
3. Saya berterima kasih kepada pihak PDRM yang sempat mencegah perkara ini menjadi lebuh parah. Syabas!
4. Dalam waktu DAP Kedah keluar daripada Kerajaan Negeri Kedah dan sindiran bertubi-tubi daripada pihak BN serta pada waktu UMNO ingin menjalin hubungan erat dengan PAS, maka pihak-pihak yang kononnya mewakili UMNO telah mencaci dan menyerang orang-orang PAS yang berdiri bersama orang-orang DAP.
5. Perbuatan menyerang ADUN boleh diibaratkan menyerang dan tidak menghormati pilihan rakyat di kawasan DUN tersebut. Maka saya terpaksa memilih ungkapan daripada RTM, “Ini Budaya Siapa"?