2018 hingga 2022: Politik Matang atau Politik Marang?

 Zaman PAS bawah Hadi Awang kuat  menjaja Politik Matang tetapi adakah ini sebenarnya Politik betul-betul Matang ataupun Politik Marang?


Selepas Hadi menghancurkan gabungan Pakatan Rakyat hasil usaha Tok Guru Nik Aziz sekitar tahun 2015, Hadi ini melamar UMNO untuk tubuhkan MN selepas PRU 2018


Daripada


Kepada, pada 2018


Kononnya kerjasama politik demi bangsa agama dan raja-raja namum UMNO dengan cepatnya menyedari bahawa PAS tak akan berkongsi manfaat politik mereka secara practical.

(sorry, no post for you)

Tak hairanlah perkahwinan ini tidak berhayat lama

Politik matang sepatutnya merangkumi penghormatan terhadap proses demokrasi, keputusan pilihanraya dan sebagainya. Berpuluh tahun DAP kalah di PRU, tak pernah DAP yang “disyaitankan” PAS ini melakukan rompakan demokrasi. Nescaya TGNA pun tak buat pengkhianatan pilihan pengundi seperti apa yang telah berlaku.

Sekian lama rakyat Malaysia ingat pengkhianatan ini angkara Mahiaddin Yassin dan Azmin Ali, namun politik Marang yang muncul mengiklankan “kepandaian” beliau. Tetapi setelah mendengar rakaman suara Mahiaddin Yassin mengenai "the scheme of things",  adakah celahan Hadi ini ibarat lembu punya susu, sapi punya nama?


Ok, semasa PAS duduk di Putrajaya, apakah pencapaian dan sumbangan PAS semasa zaman Covid? 


Demi menutup kelemahan dan kepincangan PAS di peringkat persekutuan dan negeri, mereka terpaksa menumpukan perhatian dan usaha terhadap mengacau cara hidup masyarakat majmuk di Selangor pula supaya kelihatan sebagai jaguh bangsa dan agama sedangkan kos hidup semakin melonjak dan rakyat angkat bendera putih semasa zaman Covid.

Malangnya jika nak main politik, jangan sampai tahap tak boleh membezakan antara acara budaya dan agama,  melawan sultan dan cemarkan imej negara di pentas antarabangsa.










Sultan Selangor yang amat ariff pun jemput Politik Matang PAS hadir dan meneliti sendiri apakah pesta yang telah berlangsung sekian lama dan memupuk persahabatan antara Jepun dan Malaysia; yang memberi peluang kepada masyarakat berbilang kaum menjalankan aktiviti kekeluargaan nan baik serta memberi peluang perniagaan lumayan kepada ramai penjaja.



Dalam ingatan saya, PAS tidak endah jemputan Sultan Selangor tetapi keluarkan kenyataan Khir Toyo style secara unilateral (haluan sendirian)



Sehingga hari ini PAS belum kemukakan statistik berapa bilangan Melayu telah meninggalkan Islam dan masuk agama Jepun akibat menghadiri bon odori. 


Satu lagi peristiwa PAS menentang titah Raja-raja Melayu adalah mengenai cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh DYMMYDA selepas bermesyuarat dengan raja-raja Melayu.



Hadi Awang sejajar dengan musim 2022 FIFA World Cup, mengeluarkan ujaran bertema bola sepak


Kita semua pasti berminat nak tahu Hadi ini dulu centre back, midfielder or striker dengan ulasan-ulasan begini

Pendapat saya adalah Hadi pemain sayap yang amat baik sebab mampu menonjol di sebelah kanan dan kiri keran keupayaannya melakukan double-cross yang amat baik.

Sedangkan politik Marang ini kuat meraih sokongan melayu luar bandar, pendapat dan aspirasi bukan melayu bukan islam di sebelah Semenanjung boleh dikorbankan dalam pengiraan politik…


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/20/hadi-dakwa-bukan-islam-bukan-bumiputera-jadi-majoriti-perosak-politik-ekonomi-negara/

...tetapi Hadi, back door government perlu juga kena jaga back door dengan sebaik-baiknya kerana bila anda tuduh bukan muslim, kena letak cap "tak termasuk Borneo"...sekarang depa marah-marah sehingga PDRM kena tangkap mereka yang dulu segan buat street protest telah berani turn padang


https://www.iloveborneo.my/gugat-keharmonian-rakyat-sarawak-lancar-petisyen-bantah-gps-bergabung-bersama-pas/


Sedangkan PAS zaman Hadi kuat menjaja politik matang, nampaknya UMNO kini yang lebih mahir politik matang dengan mengikuti perintah DYMMYDA, tidak melanggar undang-undang anti-lompat parti yang PAS juga luluskan dalam parlimen dan seterusnya membentuk kerajaan yang menenangkan persengkataan politik 2 pihak di Malaya dan turut memberi penghormatan kepada Borneo.


Bahkan punlis blog dan pengkritik UMNO ini memuji keberanian Zahid Hamidi dan Tok Mat menerangkan kedudukan mereka di PAU

Bagi PKR, Amanah dan DAP, mereka juga tidak merajuk tetapi bertenang menurut titah junjung DYMMDPA serta mendamaikan penyokong-penyokong mereka yang telah berpuluh tahun melawan dan ditindas oleh Barisan Nasional. Peristiwa-peristiwa Ops Lallang 1987, Reformasi 1998, pukulan-pukulan semasa Bersih 1.0 dan 2.0 mesti diingati.


Setakat mana kematangan PAS boleh dilihat pada sambutan negeri Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan. 




Suka saya ingatkan PAS bahawa pejabat-pejabat berhawa dingin yang MB, EXCO-EXCO serta ADUN-ADUN PAS duduk dalam negeri adalah pejabat perkhidmatan awam yang dibiayai rakyat muslim dan bukan muslim.


Bagaimanakah hak-hak dan kesejahteraan rakyat di negeri-negeri PAS boleh dijaga jika PAS enggan menjalankan tugas secara profesional?  Politikus-politikus PAS dibayar gaji dan elaun serta dibekalkan kemudahan dan peralatan kerajaan untuk berkhidmat untuk negeri dan negara, bukan parti politik!

Ini namanya Politik Malang untuk rakyat negeri-negeri PAS.


BUATLAH KERJA-KERJA DAN LAKSANAKAN TUGAS DAN AMANAH UNTUK RAKYAT DAN BUKAN DEMI AIR MUKA PARTI POLITIK ATAU EGO KAU


Dan janganlah tak kenal malu minta peruntukan dan pada masa yang sama, merajuk seperti budak-budak bertumbuk di padang sekolah selepas waktu sekolah tamat



Mungkin menjelang pilihanya negeri-negeri yang bakal diadakan dalam tempoh beberapa bulan, demi “damage control”, Hadi perlu tunjuk sedikit keprihatinan kepada pengundi-pengundi bukan Islam. Mungkin juga perlu memikirkan langkah jangka panjang menawan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.


https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/12/25/pas-wishes-malaysian-christians-a-happy-christmas


 

Tetapi mengapa Hadi jumpa Parti Gerakan yang ditolak masyarakat Cina dan bukan mendekati DAP atau MCA  yang jauh lebih pewakilan kaum bukan Melayu berbanding dengan Gerakan?

 Sekian, politik matang.




PAS dan arak

 

Keharmonian masyarakat Malaysia kini diancam oleh kaum-kaum pelampau yang cuba mengaut keuntungan politik dengan melaga-lagakan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semua rakyat Malaysia memang mesra dan hidup aman. Sama-sama kita lawan musuh Malaysia yang merosakkan perpaduan negara.


Ahli Parlimen PAS Permatang Pauh, Fawwaz Mohd Jan,  membantah penjualan bir di sebuah pusat membeli-belah di Seberang Jaya sempena perayaan Tahun Baru Cina

https://www.msn.com/en-my/news/berita/pas-bantah-promosi-jualan-arak-secara-terbuka/ar-AA164xax

PAS harus menghormati penghidupan dan hak asasi kaum bukan islam di Malaysia. Kononnya arak itu diharamkan islam tetapi penjual dan pembeli itu bukan islam. 

Orang-orang agama Hindu tak pernah kelihatan membantah penjualan satey daging lembu atau burger lembu di pusat membeli-belah serta tempat-tempat makanan. Orang-orang Taoist dan Buddha yang tidak makan daging pun tak minta semua kedai makanan tak jual daging dan ikan.

Bahkan di seluruh Malaysia, kita tidak lihat orang berlainan kaum mengacau kedai-kedai yang pemiliknya beragama lain. Hanya orang-orang PAS yang suka berbuat demikian.

Oleh itu, mengapakan kerajaan-kerajaan negeri PAS kini ghairah menggangu salun rambut uniseks, kedai loteri dan tempat-tempat jual beer?

Jawapannya:

1)  Kebolehan PAS memajukan negara dan menyelesaikan masalah rakyat nampaknya lemah; mereka perlu cipta isu-isu supaya kelihatan sedang “buat kerja”. Adakah langkah-langkah tersebut boleh mengurangkan kos hidup, membaiki penyampaian mutu perkhidmantan kerajaan kepada rakyat serta menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat? Jawapannya tidak!

Demi kuasa, PAS harap dengan mengacau orang-orang bukan islam, mereka boleh memperolehi modal politik yang murah


Saya ingin mengingatkan PAS bahawa melarang orang bukan islam menjalankan penghidupan mereka tidak akan menaikkan taraf hidup dan kesejahteraan orang-orang Islam. Bahkan ia akan merencatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dan mengugat peluang pekerjaan semua kaum.


Contohnya, PAS kedah tutup kedai-kedai loteri. Pihak-pihak yang rugi itu termasuk pemilik tapak kedai yang kehilangan sewa, peniaga-peniaga lain yang membekalkan peralatan pejabat kepada kedai-kedai loteri, orang perseorangan yang bekerja di kedai-kedai loteri sebagai pencuci lantai dan sebagainya.


Dulu bila PAS menjawat kerajaan persekutuan, lain pula bahasa PAS

https://malaysiadateline.com/menteri-pas-anggap-arak-sebagai-hak-yang-diberi-oleh-allah/#:~:text=Ketua%20Pemuda%20Pas%2C%20Senator%20Ir,Arak%20merosakkan%20manusia%2C%E2%80%9D%20katanya.





Cabinet, gerrymandering and size does matters

Najib has unveiled his latest cabinet line up. Much will be spoken about whether it can delivera nd transform (into what?), whether under-represented communities would be even more marginalised etc. Those are the hot issues but this blog post would look at the cabinet merely on number of votes, vis-a-vis the pending re-delineation exercise due end of the year.

Forced reckless lending: new form of vote buying

The New Straits Times today screamed this enticing headline:

-------------------------------------------------------------------------------------------

Newly employed to gain under 'My First Home' plan
BETTER PROSPECTS: Requirement to work for at least six months abolished


FROM Jan 1, Malaysians, especially young adults, can now buy a house as soon as they get jobs.
Under the tweaked My First Home Scheme rules, they can immediately apply for loans to buy their first home
Earlier, they had to work for a minimum of six months before they qualified for loans.
Cagamas SRP Bhd (Skim Rumah Pertamaku) said it had abolished the minimum employment period.
It also cancelled the stipulation that workers needed a minimum savings record of three months in banks.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
The original intention of Cagamas maybe noble, helping Malaysians to own their first home.
However, like many of the good institutions in Malaysia, for example, the judiciary, the Employee Provident Fund, Petronas, Bank Negara Malaysia, Felda etc, once under Barisan Nasional management, dubious and worrying development would occure.

Felda: protest march and we are paying for it

Feldas' settlers' are pretty unhappy and decided to march in KL.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Farmers to march against FGVH amid dismal share price
December 27, 2012KUALA LUMPUR, Dec 27 — Some 30,000 farmers are expected to converge on the city tomorrow against plantations giant Felda Global Ventures Holdings (FGVH) in what they claim is a bid to save the federal land authority — seen as among the last pillars of the Malay community — from crumbling.
 The share price of FGVH had dipped two sen below its initial public offering (IPO) of RM4.55 in early trade at 10am today, continuing its dismal performance in recent months which has angered a group of first- and second-generation palm oil farmers who hold stock in the company.
 FGVH’s share price rebounded later in the day to close at RM4.60 on Bursa Malaysia when trading halted for the day.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------