“Pada mulanya, pusat perkhidmatan Wangsa Maju kelam kabut sedikit kerana para pengundi di sini mengharapkan perubahan drastik ke atas masalah yang melandai mereka selama 10 tahun tetapi setelah kami menerangkan masalah yang kami hadapi sebagai ‘pembangkang majoriti’ di Kuala Lumpur, mereka mulai memahami kedudukan kami yang sebenarnya dan para pengundi selama ini telah memberi kerjasama serta sokongan yang baik. Tidak boleh lupa juga sokongan dan kerja sama daripada pejabat perkhidmatan Pakatan Rakyat lain yang sama-sama berjuang untuk rakyat Malaysia.
“YB Wee adalah seorang Wakil Rakyat yang amat profesional dan setelah bekerja dengan beliau, saya dapat memahami betapa sukarnya bagi beliau melaksanakan tugasnya. <Saya dapat melihat transformasi yang berjaya dilalui oleh Encik Yaacob sebagai seorang pejuang kepada seorang pentadbir; hancurlah tohmahan pihak BN bahawa PR hanya tahu mengkritik sahaja>
“Masalah utama kita adalah sikap birokrasi pihak DBKL tetapi setelah setahun ‘bergelut’ dengan mereka, maka mereka juga memahami tindakan kami yang ‘keras’ dan masalah di Wangsa Maju telah diberi layanan yang sepatutnya. Kini masalah yang tinggal hanyalah bersifat ‘teknikal’ sahaja.
“Selepas penglibatan saya yang hampir 10 tahun, saya dapat rasai rakyat kian matang dan telah menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam menilai arus politik yang mereka kehendaki. <Semasa rencana ini ditulis, seorang nenek Cina tua berusia 70 tahun yang dibantu oleh Yaacob memberitahu kami bahawa undinya adalah kepada Dato' Lo Lo> Saya yakin perubahan besar akan berlaku dalam pilihanraya yang akan datang dan saya percaya, KUASA RAKYAT ITU AKAN DIANGKAT.”




