Zaman PAS bawah Hadi Awang kuat menjaja Politik Matang tetapi adakah ini sebenarnya Politik betul-betul Matang ataupun Politik Marang?
Selepas Hadi menghancurkan gabungan Pakatan Rakyat hasil
usaha Tok Guru Nik Aziz sekitar tahun 2015, Hadi ini melamar UMNO untuk
tubuhkan MN selepas PRU 2018
Daripada
Kepada, pada 2018
Kononnya kerjasama politik demi bangsa agama dan raja-raja namum UMNO dengan cepatnya menyedari bahawa PAS tak akan berkongsi manfaat politik mereka secara practical.
Tak hairanlah perkahwinan ini tidak berhayat lama
Sekian lama rakyat Malaysia ingat pengkhianatan ini angkara Mahiaddin Yassin dan Azmin Ali, namun politik Marang yang muncul mengiklankan “kepandaian” beliau. Tetapi setelah mendengar rakaman suara Mahiaddin Yassin mengenai "the scheme of things", adakah celahan Hadi ini ibarat lembu punya susu, sapi punya nama?
Ok, semasa PAS duduk di Putrajaya, apakah pencapaian dan
sumbangan PAS semasa zaman Covid?
Demi menutup kelemahan dan kepincangan PAS di peringkat persekutuan dan negeri, mereka terpaksa
menumpukan perhatian dan usaha terhadap mengacau cara hidup masyarakat majmuk di Selangor pula supaya kelihatan sebagai jaguh bangsa dan agama sedangkan kos hidup semakin
melonjak dan rakyat angkat bendera putih semasa zaman Covid.
Malangnya jika nak main politik, jangan sampai tahap tak boleh
membezakan antara acara budaya dan agama,
melawan sultan dan cemarkan imej negara di pentas antarabangsa.
Dalam ingatan saya, PAS tidak endah jemputan Sultan Selangor tetapi keluarkan kenyataan Khir Toyo style secara unilateral (haluan sendirian)
Sehingga hari ini PAS belum kemukakan statistik berapa
bilangan Melayu telah meninggalkan Islam dan masuk agama Jepun akibat menghadiri bon odori.
Satu lagi peristiwa PAS menentang titah Raja-raja Melayu
adalah mengenai cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh DYMMYDA
selepas bermesyuarat dengan raja-raja Melayu.
Kita semua pasti berminat nak tahu Hadi ini dulu centre
back, midfielder or striker dengan ulasan-ulasan begini
Pendapat saya adalah Hadi pemain sayap yang amat baik sebab
mampu menonjol di sebelah kanan dan kiri keran keupayaannya melakukan double-cross
yang amat baik.
Sedangkan politik Marang ini kuat meraih sokongan melayu luar bandar, pendapat dan aspirasi bukan melayu bukan islam di sebelah Semenanjung boleh dikorbankan dalam pengiraan politik…
...tetapi Hadi, back door
government perlu juga kena jaga back door dengan
sebaik-baiknya kerana bila anda tuduh bukan muslim, kena letak cap "tak termasuk Borneo"...sekarang depa marah-marah sehingga PDRM kena tangkap mereka yang dulu segan buat street protest telah berani turn padang
Sedangkan PAS zaman Hadi kuat menjaja politik matang,
nampaknya UMNO kini yang lebih mahir politik matang dengan mengikuti perintah DYMMYDA,
tidak melanggar undang-undang anti-lompat parti yang PAS juga luluskan dalam
parlimen dan seterusnya membentuk kerajaan yang menenangkan persengkataan
politik 2 pihak di Malaya dan turut memberi penghormatan kepada Borneo.
Bahkan punlis blog dan pengkritik UMNO ini memuji keberanian
Zahid Hamidi dan Tok Mat menerangkan kedudukan mereka di PAU
Bagi PKR, Amanah dan DAP, mereka juga tidak merajuk tetapi bertenang menurut titah junjung DYMMDPA serta mendamaikan penyokong-penyokong mereka yang telah berpuluh tahun melawan dan ditindas oleh Barisan Nasional. Peristiwa-peristiwa Ops Lallang 1987, Reformasi 1998, pukulan-pukulan semasa Bersih 1.0 dan 2.0 mesti diingati.
Setakat mana kematangan PAS boleh dilihat pada sambutan negeri Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan.
Suka saya ingatkan PAS bahawa pejabat-pejabat berhawa dingin yang MB, EXCO-EXCO serta ADUN-ADUN PAS duduk dalam negeri adalah pejabat perkhidmatan awam yang dibiayai rakyat muslim dan bukan muslim.
BUATLAH KERJA-KERJA DAN LAKSANAKAN TUGAS DAN AMANAH UNTUK
RAKYAT DAN BUKAN DEMI AIR MUKA PARTI POLITIK ATAU EGO KAU
Dan janganlah tak kenal malu minta peruntukan dan pada masa
yang sama, merajuk seperti budak-budak bertumbuk di padang sekolah selepas
waktu sekolah tamat
Mungkin menjelang pilihanya negeri-negeri yang bakal diadakan
dalam tempoh beberapa bulan, demi “damage control”, Hadi perlu tunjuk sedikit
keprihatinan kepada pengundi-pengundi bukan Islam. Mungkin juga perlu
memikirkan langkah jangka panjang menawan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan
Selangor.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/12/25/pas-wishes-malaysian-christians-a-happy-christmas
Tetapi mengapa Hadi jumpa Parti Gerakan yang ditolak
masyarakat Cina dan bukan mendekati DAP atau MCA yang jauh lebih pewakilan kaum bukan Melayu
berbanding dengan Gerakan?