PAS dan arak

 

Keharmonian masyarakat Malaysia kini diancam oleh kaum-kaum pelampau yang cuba mengaut keuntungan politik dengan melaga-lagakan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semua rakyat Malaysia memang mesra dan hidup aman. Sama-sama kita lawan musuh Malaysia yang merosakkan perpaduan negara.


Ahli Parlimen PAS Permatang Pauh, Fawwaz Mohd Jan,  membantah penjualan bir di sebuah pusat membeli-belah di Seberang Jaya sempena perayaan Tahun Baru Cina

https://www.msn.com/en-my/news/berita/pas-bantah-promosi-jualan-arak-secara-terbuka/ar-AA164xax

PAS harus menghormati penghidupan dan hak asasi kaum bukan islam di Malaysia. Kononnya arak itu diharamkan islam tetapi penjual dan pembeli itu bukan islam. 

Orang-orang agama Hindu tak pernah kelihatan membantah penjualan satey daging lembu atau burger lembu di pusat membeli-belah serta tempat-tempat makanan. Orang-orang Taoist dan Buddha yang tidak makan daging pun tak minta semua kedai makanan tak jual daging dan ikan.

Bahkan di seluruh Malaysia, kita tidak lihat orang berlainan kaum mengacau kedai-kedai yang pemiliknya beragama lain. Hanya orang-orang PAS yang suka berbuat demikian.

Oleh itu, mengapakan kerajaan-kerajaan negeri PAS kini ghairah menggangu salun rambut uniseks, kedai loteri dan tempat-tempat jual beer?

Jawapannya:

1)  Kebolehan PAS memajukan negara dan menyelesaikan masalah rakyat nampaknya lemah; mereka perlu cipta isu-isu supaya kelihatan sedang “buat kerja”. Adakah langkah-langkah tersebut boleh mengurangkan kos hidup, membaiki penyampaian mutu perkhidmantan kerajaan kepada rakyat serta menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat? Jawapannya tidak!

Demi kuasa, PAS harap dengan mengacau orang-orang bukan islam, mereka boleh memperolehi modal politik yang murah


Saya ingin mengingatkan PAS bahawa melarang orang bukan islam menjalankan penghidupan mereka tidak akan menaikkan taraf hidup dan kesejahteraan orang-orang Islam. Bahkan ia akan merencatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dan mengugat peluang pekerjaan semua kaum.


Contohnya, PAS kedah tutup kedai-kedai loteri. Pihak-pihak yang rugi itu termasuk pemilik tapak kedai yang kehilangan sewa, peniaga-peniaga lain yang membekalkan peralatan pejabat kepada kedai-kedai loteri, orang perseorangan yang bekerja di kedai-kedai loteri sebagai pencuci lantai dan sebagainya.


Dulu bila PAS menjawat kerajaan persekutuan, lain pula bahasa PAS

https://malaysiadateline.com/menteri-pas-anggap-arak-sebagai-hak-yang-diberi-oleh-allah/#:~:text=Ketua%20Pemuda%20Pas%2C%20Senator%20Ir,Arak%20merosakkan%20manusia%2C%E2%80%9D%20katanya.





No comments:

Post a Comment