Tafsrian Belanjawan 2010 daripada DAP Economic Bureau yang bertajuk “Mendemokrasikan Ekonomi Malaysia”

DAP telah membentangkan suatu Belanjawan Alternatif (BA) yang amat memberangsangkan minda saya dan saya ingin berkongsi apa yang saya telah amati setelah membaca BA sepanjang 152 muka surat ini.

Rumusan saya adalah BA ini boleh memanfaatkan rakyat jelata menerusi pendekatan serta falsafah yang amat berbeza dengan pendekatan pentadbiran Barisan Nasional yang hanya bercirikan:

i) meningkatkan hutang negara
ii) memboroskan wang Petronas
iii) mebih mementingkan perbelanjaan semasa daripada pelaburan untuk masa hadapan
iv) pengagihan pendapatan negara yang nampaknya tiada kesan langsung dan segera kepada rakyat
v) memusatkan kuasa kawalan sumber kewangan dan membuat keputusan di pentadbiran Persekutuan di Putrajaya.

Oleh kerana tafsiran saya ini berpanjang lebar, saya telah membahagikannya kepada 3 bab menurut 3 haluan utama BA ini.

3 haluan utama BA ini adalah

i) Mendemokrasikan ekonomi dengan mengagihkan kuasa kepada kerajaan negeri : tafsiran saya dalam bab 1

ii) Rakyat didahulukan menerusi pengubahan struktur ekonomi serta pengagihan semula sumber : tafsiran saya dalam bab 2

iii) Memberi kuasa dan daya kepada rakyat untuk membina keupayaan dan daya saing negara : tafsiran saya dalam bab 3

Pada hemat saya, perbezaan asas antara falsafah belanjawan ini adalah penyebaran serta perkongsian sumber khasnya kepada golongan yang berpendapaan rendah serta giat melabur untuk masa hadapan, berbanding dengan pendekatan BN yang kuat membelanjakan wang untuk perbelanjaan semasa serta penumpuan penerimaan sumber hasil.

Falsafah dan kematangan pemikiran yang terkandung dalam BA ini menyakinkan saya bahawa seandainya terdapat Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat yang melaksanakan rancangan-rancangan BA ini, maka banyak manfaat akan dirasai oleh rakyat Malaysia. Mungkin pihak Pentadbiran Najib akan cuba mendapatkan ilham pula daripada BA ini.

3 comments:

  1. Gitu? apa salahnya, sama-sama kongsi idea dan maklumat, demi kepentingan rakyat dan negara. Tak payahlah layangkan tinggi-tinggi mana-mana bajet!

    ReplyDelete
  2. merancang dan bercakap tidak semudah melaksanakannya.. kalau perkara ini semudah menulis dan membuat blog, sudah tentu permasalahan tidak akan timbul.. realiti tidak seindah fantasi blogger2 yg cuma akan mmpu berkata2.. dengan serangan dri pelbagai pihak memang menyulitkan sebuah kerajaan utk merancang sesuatu dengan berkesan.. percaya atau tidak saya salah seorang yang menanti, menanti perancangan menjadi realiti.. mungkin pabila memerintah, alasan yang akan dikemukakan ialah kita x boleh buat apa2 kerana kerajaan sebelum ini begitu teruk.. perbezaan sebelum dan selepas... sama2 menanti :)

    ReplyDelete
  3. nanti-nanti sampai S$1 = RM1 tahum 1970'an jadi S$2.34 = RM1 kini

    nanti-nanti sampai kini, orang melayu masih golongan mempunyai orang miskin meskipun DEB telah 40 tahun dijalankan, sehingga pihak UMNO sendiri akui ada salah guna

    tetapi Lim Guan Eng telah menjadikan defisit kerajaan Pulau Pinang kepada lebihan dalam tempoh dua tahun dan boleh memberi wang usia emas; MCA sendiri mengakui kerajaan negeri Perak menyelesaikan masalah tanah dalam tempoh setahun tetapi kerajaan BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 50 tahun; Di Selangor, tidak sampai setahun dua dah ada Mesra Usia Emas, Tawas dsb

    ReplyDelete