Jawapan Kerajaan BN NS adalah "YA!"

Jarang kita rakyat biasa boleh bersua dengn Menteri Besar dan Jemaah Exconya, lebih-lebih lagi boleh bertanyakan beliau mengenai isu-isu yang berhubung kait dengan hidup kita saban hari.

Oleh itu para Wakil Rakyat memainkan peranan penting mendapatkan maklumat yang berkaitan serta memantau pelaksanaan pentadbiran negeri untuk kita. Jawapan-jawapan yang diberi dalam Dewan Undangan Negeri boleh dijadikan bahan kajian untuk rakyat menilai prestasi, keprihatinan, sikap bertanggungjawab dan keberkesanan kerajaan negeri yang dipilih menerusi undi rakyat.

Sama-sama kita renungi tiga soal jawab di bawah:



ADUN: Y.B. ADUN SIKAMAT

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN


i) Apakah jenis tindakan yang diambil oleh pihak JPS terhadap runtuhan tebing sungai yang sering berlaku berhampiran penembatan penduduk?

ii) Apakah perancangan yang sedang dibuat di sungai-sungai dalam kawasan Sikamat yang sering berlaku runtuhan tebing?


JAWAPAN:

i) Bagi runtuhan tebing sungai yang sering berlaku berhampiran penempatan penduduk JPS akan menjalankan kerja penahanan tebing. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada peruntukan Jabatan.

ii) Bagi sungai-sungai dalam kawasan Sikamat yang sering berlaku runtuhan tebing JPS sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan untuk kerja-kerja rekabentuk terperinci ia telah dipohon untuk dijalankan dalam RMK 10.


Ulasan:

Tindakan membanteras gejala bajir harus bergantung kepada betapa rumitnya masalah serta langkah-langkah yang perlu dan cukup untuk memastikan keselamatan harta benda serta nyawa dan bukanlah ke atas peruntukan yang dibuat oleh pegawai duduk dalam pejabat.

Merujuk kepada Penyata Kewangan Negeri Sembilan tahun 2008, peruntukan perbelanjaan Rancangan Tebatan Banjir Negari Sembilan dibelanjakan kurang daripada 50% meskipun masalah banjir terus berlaku.


Bahkan, menurut jawapan tersebut masalah setempat perlu dirujuk kepada EPU di Putrajaya untuk dimasukkan dalam RMK10 – jelas menunjukkan kerumitan sistem pemusatan kuasa di Persekutuan nan melengahkan masa dan bergantung kepada pegawai-pegawai tidak berada di tempat kejadian.

Kajian-kajian dilakukan, betul ke? Jawapan harus memaklumkan tempoh kajian dan adakah keputusan kajian itu akan diumumkan khasnya untuk tatapan penduduk yang terlibat



ADUN: Y.B. ADUN LOBAK



KOS PENGINDAHAN BANDAR SEREMBAN

Majlis Perbandaran Seremban telah melaksanakan projek pengindahan Bandar di sekitar Seremban baru-baru ini untuk menyambut Hari Pertabalan Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan

i) sila nyatakan secara terperinci projek-projek pengindahan yang telah atau sedang dilaksanakan pada tahun ini

ii) sila nyatakan kos secara terperinci untuk setiap projek pengindahan yang dijalankan

iii) sila nyatakan nama kontraktor yang telah dipilih untuk melaksanakan projek untuk setiap projek pengindahan tersebut


JAWAPAN:

i) Sebanyak 6 projek pengindahan bandar di sekitar Seremban telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Seremban

ii) Jumlah kos keseluruhan projek berkenaan ialah sebanyak RM864,399.00

Ulasan:

Iktibar ketelusan yang amat menakjubkan. Gagal memahami erti perkataan mudah seperti “terperinci” dan "nama kontraktor". Adakah ini akibat sikap angkuh enggan menjawab soalan nan dikemukakan ataupun terdapat perkara-perkara yang lebih baik jangan diumumkan?

Apakah 6 projek itu? Manfaatkan rakyat atau tidak? RM800 ribu lebih itu telah dibelanjakan atas apa? Betulkah hanya jumlah itu sahaja? Ada tender terbuka atau tidak? Siapa yang mendapat kontrak kerja tu? Ada kerja terbengkalai atau tidak?

Adakah pentadbiran lebih 50 tahun ini segan atau rasa tak perlu nak bentangkan butir-butir urusniaganya yang memakai duit rakyat?

Tetapi yang best adalah di bawah ini.........


ADUN: YB ADUN AMPANGAN

SOALAN:


PENAIKTARAFAN INFRASTRUKTUR DI DALAM DUN AMPANGAN
1.1 Adakan dirasakan kemudahan infrastruktur di DUN Ampangan masih boleh ditingkatkan bilangan dan kuantitinya?

1.2 Nyatakan apakah sikap pihak yang berwajib dalam hal ini?


JAWAPAN

1.1. Ya

1.2. Majlis Perbandaran Seremban memberi perhatian dan perancangan untuk memperbaiki dan melaksanakan kemudahan instrastruktur di dalam DUN Amapngan secara berperingkat-peringkat melalui peruntukan majlis, kerajaan negeri amhupun Kerajaan Persekutuan.


Ya ????Ya ???? Itu sahaja??????? I am lost for words!!!!!

































































































































No comments:

Post a Comment