Laporan Oriental Daily 12 September 2009
Singapore 11hb September
Seorang lelaki Melayu yang berukir kulit (tattoo) perkataan “anti-Yahudi” di mukanya telah menyerang seorang Yahudi di khalayak dan dikenakan hukuman penjara 3 tahun dan sebat 12 kali bawah undang-undang Singapore yang terbaharu “Akta Memelihara Keharmonian Antara Kaum” dan Agama”.
Tertuduh Azmi yang berumur 34 tahun, adalah orang pertama yang didakwa di bawah undang-undang baru ini.
Apabila ditahan polis, beliau cuba berdalih menyatakan tattoo itu adalah lambang kumpulan rok bawah tanah dan telah menambahkan ukiran Merlion di mukanya untuk menutup lambang tersebut.
Selepas itu, apabila beliau ternampak seorang yang memakai topi Yahudi di tepi jalan yang bernama Eliyahu (21 tahun), Azmi telah menyerangnya setelah mengetahui asal kaumnya.
Oleh yang demikian, Azmi didakwa melanggar akta terbaru tersebut dan beliau juga mengakui salah terhadap tuduhan-tuduhan lain iaitu menyamun dengan pisau, perbuatan menggertak dan mencederakan orang dengan pisau.
Hakim Wong Peng Hon dalam ucapan jatuh hukumannya menyatakan bahawa perbuatan membuat tattoo “Anti-Yahudi” di muka, tindakan menyerang orang adalah perbuatan yang tidak boleh diterima, merosakkan perhubungan antara kaum dan oleh kerana perbuatan ini adalah kesalahan besar, maka pihak mahkamah mesti menghantar isyarat lantang dengan menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh.
Pada masa yang sama, hakim tersebut mewajibkan pihak pendakwa menghantar laporan pemeriksaan jiwa tertuduh kepada pihak penjara untuk mengenalpasti sama ada keadaannya dapat menerima hukuman sebat dan mengarahkan bahawah tattoo itu dikeluarkan daripda mukanya.
WT,
ReplyDeleteIn these world there are a myriad of characters. I think he got off pretty light.
MJ