Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam yang berjaya

Sumber: Accounting and Business 2009

Encik Malkit Singh mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang kewangan dan beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan ABN AMRO (sebuah bank Belanda) dan semenjak menjadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia pada 1 Januari 2008, Bank Islam yang ketika itu mengalami pelbagai masalah kewangan dan operasi telah dapat dibaik-pulihkan olehnya.


Bank Islam Malaysia yang pertama itu mengalami kerugian kewangan sebanyak RM500 juta dalam tahum 2005 dan melonjat hingga RM1.26 bilion dalam tahun 2006.

Menurut Encik Malkit, demi memulihkan keyakinan umum terhadap Bank Islam dan mewujudkan nilai pemegang saham (shareholders' value creation), langkah-langkah yang telah diambil termasuk menyusun semula jurusan perniagaan Bank Islam serta produk-produk bank tersebut dan mengadakan usaha menjimatkan perbelanjaan.

Dalam tahun 2008, keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM208.3 juta dan pendapatan bank telah bertambah 14% menjadi RM1.25 bilion.



_________________________________________________________________

Setelah membaca rencana tersebut yang membanggakan saya, saya pun termenung sejenak. Tidak lama dahulu, Puan Low, seorang pegawai PKNS yang telah berkhidmat berpuluh tahun di situ telah dilantik oleh Tan Seri Khalid Ibrahim untuk mengetuai PKNS buat sementara.

Akibatnya pelbagai bantahan yang lantang telah diutarakan oleh pihak-pihak tertentu yang saya rasa tidak berkelayakan menghurai keputusan Menteri Besar Selangor itu secara waras dan betul.

Saya membuat rumusan ini berdasarkan kepada sebab bantahan mereka. Bagi mereka yang membantah kononnya Puan Low bukan Melayu, bukan beragama Islam dan "kerana ketua PKNS adalah imam kepada akidah kaki tangan PKNS" itu bukanlah alasan yang betul, waras, tepat dan boleh diterima.

Adakah semua kaki tangan PKNS beragama Islam? Adakah hanya orang Islam sahaja dibenarkan berjawat dalam PKNS? Adaka tujuan PKNS itu semata-mata untuk agama Islam sahaja? Saya rasa jawapan untuk soalan-soalan tersebut sudah terjawab. Bahkan mungkin saya boleh pinjam ungkapan Hakim Augustine Paul, soalan-soalan tersebut "not relevant" (tidak berkenaan) sama sekali.

Jika perlantikan Puan Low dipertikaikan dari segi kelayakan, keupayaan, pencapaian, sikap dan rekod amanah beliau, itu boleh diterima.

Mengapa pula orang yang membuat bantahan lantang tersebut tidak mengamalkan pendirian yang konsisten pula? Nak boikit atau berkumpul di Bank Islam tak? Mungkin salah di sisi undang-undang jika berbuat demikian.

Pencapaian Encik Malkit Singh menunjukkan potensi amalan meritokrasi di mana jawatan diberikan menurut kebolehan dan keupayaaan. Amalan ini telah dikatakan akan mengancam kepentingan golongan masyarakat tertentu tetapi saya percaya perkembangan yang sebaliknya akan muncul.

Dengan sumbangan beliau, saya percaya Bank Islam telah dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia.

Saya berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat mengecapi hasil pencapaian beliau kerana dapat bekerja, dapat naik pangkat, menerima bayaran gaji dan bonus dalam Bank Islam. Jika Bank Islam terus mengalami kerugian kewangan, mungkin bilangan pekerja atau jumlah ganjaran di situ akan berkurangan pula.

Bahkan, pembekal-pembekal alatulis, komputer, kertas, hawa dingin, meja kerusi, kontraktor pembinaan dan sebagainya semua dapat berurus dengan Bank Islam yang berkemampuan meneruskan kegiatan mereka bahkan menambahkan cawangan-cawangannya.

Kutipan cukai pendapatan syarikat pun bertambah hasil keuntungan Bank Islam dan kutipan cukai ini boleh diagihkan untuk pelbagai projek yang dapat memanfaatkan rakyat jelata. (Itu lain certia dan bergantung kepada keprihatinan dan budi bicara pihak yang berkuasa pula).

Syabas kepada Encik Malkit Singh dan sebagai rakyat Malaysia dalam abad ke-21, pemikiran kurun yang lepas harus diubahsuaikan dengan perkembangan terkini

3 comments:

  1. Untuk baca artikel diatas dalam majalah digital Accounting and Business 10/2009 sila klik
    http://ab.digitaleditions.co.uk/malaysianoct09

    ReplyDelete
  2. hoho, bro terrorlah anda....dapat kesan sumbernya online...fuyoh!

    ReplyDelete
  3. This is a BIG lie. The truth is that it is far worst now then before. Corruptions, Nepotism and cronyism is the game they playing now. Than guy and a few more cronies just join-in. recovery and increase of profit was done by his predecessor and his team.
    Don't believe me, check last year P&L. Bank Islam is now are in loss again.
    This is due to ridicules spending and unprofessional management.

    ReplyDelete