Anda diingatkan supaya membayar cukai anda sebagai warga negara yang bertanggungjawab

"In life, the only things unavoidable are death and taxation" (Perkara yang tidak dapat dielakkan dalam riwayat seseorang adalah kematian dan pembayaran cukai).

- begitulah ujarnya seorang hakim yang saya tidak dapat ingat namanya.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita harus menunaikan tanggungjawab kita membayar cukai pada waktu yang ditetapkan agar pihak kerajaan yang berprihatin dapat mempergunakan sumber ini untuk manfaat semua rakyat jelata.

Kadar cukai Malaysia untuk individu adalah antara 1% hingga 28% buat tahun-tahun 2008 dan 2009 manakala untuk syarikat, kadarnya adalah antara 20% hingga 27%.

Menarik juga jika diperhatikan bahawa syarikat-syarikat di Malaysia perlu menganggar dan membuat bayaran cukai setahun terdahulu sebelum tamatnya tahun kewangan dan jika anggar silap lebih 30% daripada angka yang sebenarnya, denda sebanyak 10% akan dikenakan.


Berbanding dengan Singapura, kadar cukai perseorangan adalah 3.5% hingga 20% dan syarikat-syarikat sana pula menanggung kadar sebanyak 17% hingga 18%.

Di situ, terdapat GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sebanyak 7% jika anda membelanjakan gaji anda. Jika anda tidak membelanjakan gaji anda, maka cukai tersebut boleh dielakkan.


Maka iktisad Malaysia yang kaya ini dengan rakyat yang bertungkus lumus ini memang dan harus dapat menyumbangkan kutipan cukai yang banyak. Setakat manakah penggunaan dana awam ini dapat diuruskan dengan penuh prihatin dan bertanggungjawab oleh pihak-pihak yang diamanahkan dengan usaha yang murni ini?

Menyeru laungan Dr Mahathir supaya akhbar Cina boleh diterjemahkan untuk tatapan masyarakat orang Melayu dan saya memang bercuti ini, maka saya pun melamani OrientalDaily

官員辦貨報天價
Pegawai-pegawai membeli barangan dengan harga yang amat tinggi

總稽查司報告指出,浮羅山背瑪拉高級技職學院以8萬4640令吉購入2臺宏諅(Acer)手提電腦。讓人吃驚的是,該訓練學院以每臺4萬2320令吉的價格購入每臺市價僅是4500令吉的宏諅手提電腦(Acer Aspire 5052ANWXMI),購買價格與市價差距高達1000%。

Menurut Laporan Jabatan Audit Negera, Institusi Teknologi Tinggi Mara Langkawi membeli 2 komputer riba jenama "Acer" dengan harga RM84,640. Lebih memeranjatkan lagi adalah insitusi tersebut juga membeli komputer riba Acer Aspire 5052ANQXMI dengan harga RM42,320 sedangkan harga pasaran hanyalah RM4,500; perbezaan sebanyak 1000%.


總稽查報告也針對該學院的教材做出評估,而發現該學院以每本1393令吉到2945令吉的高昂價格購買普通裝訂的教科書。有關教科書分別只是裝在文件夾中以及用梳式塑膠圈裝釘。

總稽查司認為,該學院浪費了35萬8476令吉來購買相關的教科書,因為在教導課程中根本沒有用上這些價值不菲的教科書。


Laporan tersebut juga menilaikan sumber-sumber pengajaran di situ dan mendapati bahawa buku-buku teks yang dimuat dalam fail biasa dan diikat denga bulatan plastik ("comb binding") telah dibeli dengan harga RM1,393 hingga RM2,945.

Menurut pendapat Ketua Jabatan Audit Negara, institusi tersebut telah membazirkan RM358,476 membeli buku tersebut kerana buku-buku itu langsung tidak digunakan dalam pengajaran.


除了無用的教科書,總稽查司指出訓練學院浪費208萬令吉購入系列的感應軟件,也遭束之高閣

Selain daripada buku-buku tersebut, laporan Jabatan Audit Negara menyatakan jumlah sebanyak RM2.08 juta telah dibelanjakan untuk software yang juga disia-siakan.

根據報告顯示,該訓練學院還購入15臺惠普P3005X影印機,原價每臺5000令吉,但訓練學院卻以每臺7722令吉的價格購買,導致瑪拉必須繳付比市價高出4萬830令吉的款項。

Menurut laporan ini lagi, sebanyak 15 buah mesin fotostat P3005X yang harga asalnya RM5,000 telah dibeli dengan harge RM7,722 mengakibatkan terlebih bayar sebanyak RM40,830.


Nota:

1) setahu saya, bayaran bulanan untuk orang-orang miskin, tua dan kurang upaya menurut skim Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia adalah antara RM70 hingga RM300 sebulan. Malangnya semua laman JKMM yang saya lawat hari ini semua tidak berfungis

2) saya mengambil sedikit masa melawat laman Utusan Malaysia untuk mendapat laporan, huraian dan penilaian pembentuk minda masyarakat ini serta tokoh-tokoh wartawannya, namun tak dapat apa-apa tulisan nan ketara pun. Mungkin silap saya, bukan?

No comments:

Post a Comment