Kesengsaraan itu tidak mengenali bangsa

Kesengsaraan itu tidak mengenali bangsa
Semua kaum tak kira agama akan terasa
Tatkala meluahnya rasa simpati yang dikurniaNya
Mengapa nak beza-beza lagi antara dia dengan saya?

Suatu laman yang membuat saya termenung sejenak.

Saban hari kita didampingi slogan yang sedap didengar tetapi setiap hari semangat kekitaan dan benih-benih silatulrahim yang ditanam telah dibinasakan oleh tindakan serta kata-kata yang biadap, tidak bertamadun dan memang bercanggah dengan semua agama.

Di sebelah kiri kita nampak orang besar berbelanja besar adakan kempen-kempen yang meriah tetapi cakap tak serupa bikin; di sebelah kanan pula terdapat orang yang benar-benar berbudi tetapi tak payah riuh sekampung kerana setakat berhujah dan berlakun sahaja.

* KEMASKINI

Laman tersebut tidak dapat dilawat lagi. Mungin Berita Harian Singapura telah menurunkan rencana itu. Ia memaparkan seorang pastor kristian, Father William Khoo bergiat membantu golongan muslim yang miskin di Singapura.

Untuk laman Berita Harian Singapura, sila lawat alamat ini.

No comments:

Post a Comment