INI BUDAYA SIAPA?!

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou mengadakan dua sidang akhbar untuk memohon maaf kepada semua rakyat Taiwan kerana pihak pentadbirannya telah terdapat kelemahan dalam usaha kerajaan menyelamatkan mangsa Typhoon Morakot.




Menurut beliau lagi, akibat gangguan cuaca, kerja penyelamatan telah dilambatkan dan menyebabkan para mangsa menganggap terdapat keculasan dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa. Beliau telah menyuruh pihak eksekutifnya membuat siasatan teliti dan jika terdapat kelemahan, tindakan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. Laporan terperinci akan diumumkan pada bulan September selepas redanya kerja penyelamatan.


Berbanding dengan "apology" daripada Dato Seri Hishammuddin mengenai peristiwa keris itu di mana beliau telah mempertahankan dan mengulangi perbuatan tersebut, tetapi selepas pengajaran Pilihanraya Umum ke-12 baru beliau sudi memohon maaf "jika terdapat pihak yang tersinggung".


Pada hemat anda sekalian, peristiwa yang manakah yang lebih menampakkan keikhlasan serta fahaman bahawa Wakil Rakyat adalah Yang Berkhidmat dan bukan sahaja Yang Berhormat sahaja?


Bagaimana pula dengan tindak balas pihak berkuasa yang berkenaan semasa krises dan bencana melandai Malaysia? Bagaimanakah keupayaan dan budaya kerja yang diberi kepada mangsa dan pembayar cukai sewaktu peristiwa Highland Towers, tanah runtuh Bukit Antarabangsa, kebakaran feri ke Pulau Tioman, wabak H1N1 dan JE, tsunami (bukan March 8 2008 itu) dan sebagainya.


Sebaik-baiknya, para Wakil Rakyat di Malaysia yang berpendapatan agak baik harus menghayati fahaman bahawa peranan utama mereka adalah berkhidmat untuk rakyat dan rakyatlah yang merupakan tuan kepada mereka dan bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment