Apa yang tidak dibetulkan oleh Rancangan Transfomasi Ekonomi Malaysia : saluran pengagihan beras kita.

Tulisan asal di sini.
Belanjawan 2011 yang berbau gubahan untuk tujuan pilihanraya umum telah disambut dengan teguran-teguran nan benas dan berpatutan kerana ia kembali kepada amalan memboroskan wang ke atas projek-projek besar dan mahal serta tertumpu di tempat yang sudah tepu dengan pembinaan bahkan memberi tekanan terhadap keseimbangan alam sekitar dan tidak mendatangkan manfaat yang meluas kepada rakyat jelata Malaysia..

Puan Latheefa daripada PKR telah menyeru pihak pentadbiran bahawa ia perlu menjaga keutuhan bekalan makanan negara pada Hari Makanan Sedunia.

Saya selalu bertanya-tanya mengapakah kuasa beli serta taraf kehidupan Malaysia selalunya lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju. Memang amalan rasuah adalah salah satu sebabnya tetapi bagaimana pula dengan reka bentuk saluran agihan barangan kita? Patutkah pihak pentadbiran BN meneliti perkara ini dalam usahanya membuat transformasi ke atas ekonomi Malaysia?

Jika saluran agihan ini terlalu panjang, ia bermaksud terdapat lebih ramai orang tengah dan ini mengakibatkan para pengguna membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan barangann.

Kawan saya daripada Jepun memberitahu saya bahawa sushi di Jepun jauh lebih sedap daripada apa yang terdapat di Malaysia kerana kualiti beras yang rendah di Malaysia, dan daripada pengalaman saya sendiri, saya dapati mutu nasi di Hong Kong juga lebih tinggi.

Oleh kerana hampir semua rakyat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka, saya mengambil keputusan membuat sedikit tinjauan dalam saluran agihan beras kita, dan usaha ini membawa saya ke Padiberas Nasional Berhad (“Bernas”)


Sumber: Laporan Tahunan dan Akaun Padiberas Nasional Berhad unutk tahun 2009


Syarikat ini berperanan besar dalam menjaminkan keutuhan sumber makanan rakyat Malaysia kerana ia bertanggungjawab dalam segala perkara yang berkenaan dengan beras kita termasuk subsidi, simpanan, pemasaran, perolehan, pengilangan dan sebagainya kecuali memasak nasi sahaja.

Menurut ucapan Pengerusinya dalam laporan tahunan 2009, Dato’ Wira Syed Abdul Jabbar Bin Syed Hassan menyatakan bahawa,

“Setelah melalui kemelut tersebut, saya dengan bangganya boleh menyatakan di sinib ahawa kami telah berjaya menjalankan tanggungjawab kami dengan baik sehinggakan
pada kemuncak krisis tersebut, BERNAS terpaksa melupakan objektif keuntungannya demi kepentingan negara; malahan BERNAS telah mencatatkan rekod kerugian pada tahun 2008. Selepas kemelut ini berjaya diatasi, apa yang pasti adalah – tanggungjawab kami telah dijalankan dengan baik.”



Hmmm…Dato Wira sendiri mengakui bahawa Bernas, sebuah syarikat di mana Menteri Kewangan memegang 1 Undi Khas yang berkuasa veto dan menguasai mutlak makanan utama rakyat Malaysia, mempunyai matlamat MENGAUT KEUNTUNGAN.

Oh ya, pengorbanan tahun 2008 telah dilaungkan tetapi selepas beberapa perenggan maka terdapat ulasan berikut,

"Saya juga amat berbangga untuk melaporkan bahawa keuntungan, perolehan dan jumlah jualan beras yang direkodkan dalam tahun 2009 adalah yang tertinggi semenjak penswastaan BERNAS."

Wah, nampaknya apa yang telah dikorbankan, balasan kencang dikenakan pada tahun seterusnya. Harus kita menanya, adakah penswastaan ini perlu dan patut diadakan? Mengapakah rakyat Malaysia perlu membiayai keuntungan orang tengah yang berlebihan? Bukankah para pentadbir BN yang berkuasa di peringkat persekutuan yang berpengalaman lebih daripda 50 tahun boleh menjalankan operasi pengagihan beras tanpa orang tengah ini yang kena dibiayai oleh semua rakyat Malaysia?

Bernas melaporan bahawa hasil jualan (juga boleh dikenali sebagai bayaran lebihan kepada orang tengah yang berlebihan) bertambah daripada RM2.2 billion dalam tahun 2005 kepada RM2.5 billion dan RM3.3 billion dalam tahun-tahun 2008 dan 2009 di mana keuntungan untuk tahun-tahun 2005 hingga 2009 adalah seperti berikut:

2005 + RM131juta

2006 + RM135 juta

2007 + RM107 juta

2008 - RM57 juta

2009 + RM180 juta


Bernas telah “mengaut balik” kerugiannya dalam tahun 2008 dengan serta merta. Keuntungan tersebut sebenarnya merupakan beban tambahan rakyat Malaysia, bahkan sejenis betuk cukai terbenam.

Jumlah RM3.3 billion tersebut jika dibahagikan kepada 27 juta rakyat Malaysia adalah RM120.74 seorang. Si ayah yang membiayai seisi keluarga 5 orang akan menanggung RM603 setahun, ataupun lebih kurang RM50 sebulan. Terima kasih atas sumbangan abang.

Angka tersebut nampaknya tidak keterlaluan (untuk setengah-setengah orang) tetapi tatkala anda membaca nota 31 dalam laporan tahunan 2009 Bernas bertajuk “Akaun Subsidi Harga Beras” yang menyatakan bahawa menurut Perjanjian Penswstaan 1996, kerajaan persekutuan akan membayar subsidi ke dalam akaun-akaun bank dan Bernas berperanan membahagikan dan membayar subsidi kepada pihak-pihak yang berkenaan.


Akaun yang diaudit itu menjelaskan bahawa akaun tersebut bukanlah harta ataupun tanggungan Bernas, maka ia dana yang tidak dinyatakan dalam kunci kira-kira Bernas.

Dalam tahun 2009, subsidi berjumlah RM600 juta telah dibayar daripada baki bawa ke hadapan RM75 juta serta peruntukan subsidi berjumlah RM599 juta.

Mengapakah rakyat Malaysia perlu membayar nasi mereka dua kali? Perlukah kita berbuat demikian? Apakah peranan Bernas yang di luar kemampuan Kementerian Kewangan?

Sebagai “syarikat yang diperbadankan” dan meskipun mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu barang keperluan harian tanpa ancaman barang pengganti atau pun pesaing, Bernas terpaksa mendapatkan pinjaman bank dan rakyat Malaysia terpaksa membayar faedah yang berjumlah RM24 juta untuk tahun-tahun 2009 dan 2008.

Sebagai “syarikat yang diperbadankan”, Bernas juga terpaksa membayar dividen. Dividen sesaham untuk tahun 2005 adalah 8 sen sesaham; dan bertambah setiap tahun sehingga mencapai 20 sen sesaham untuk tahun 2009. Akaun 2009 menyatakan bahawa pembayaran dividen sebanyak RM84,672,000 telah dibuat untuk tahun kewangan 2009.


Bukankah lebih banyak manfaat dapat dihasilkan seandainya wang ini dibelanja ke atas usaha penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu atau menambah kadar hasil beras, ataupun seperti NTUC yang mengembalikan wang kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk layan istimewa?

Siapakah pemegang-pemegang saham utama yang memperolehi kebaikan daripada bayaran dividen ini? Menurut laporan tahunan 2008, Budaya Generasi (M) Sdn Bhd memegang 145 juta saham ataupun 30.79% pegangan sementara Serba Etikan Sdn Bhd memegang 29.8 juta saham ataupun 6.39%. Saya tidak tahu siapakah orang-orang yang saya kena belanja makan setiap kali saya makan nasi putih, nasi goring, nasi lemak, nasi dagang, nasi kandang, pulut dsb.


Lebih teruk lagi, menurut nota 23 dalam laporan tahunan 2009 Bernas, Tradewinds (M) Berhad telah membeli Bernas dalam suku tahun pertama tahun 2010 dan memegang 72.57% atau 341 juta saham di mana Tradewinds telah membuat pinjaman bank RM1 billion dengan kadar faedah 5.2% hingga 6.5% mengakibatkan satu lagi hutang yang kena ditanggung oleh semua rakyat Malaysia..


Maka durian runtuh untuk pemegang saham dulu, yang dibayar oleh semua rakyat Malaysia yang makan nasi


Aduhai, lebih peritlah untuk saya mengunyah nasi sekarang.

4 comments:

  1. UMNO, PARASIT

    ReplyDelete
  2. jgn makan nasik, senang. ntah kenapa org melayu suka dengki akan bisnes/kemajuan org lain..aduhai perit!

    ReplyDelete
  3. oh maaf, penulisnya cina. rupanya org cina juga begitu ya? maaf.

    ReplyDelete
  4. the above 2 comments highlight the top level inability to think of the same individual, not knowning that his own family and friends, relatives and loved ones are being fleeced

    ReplyDelete