Keluhan dan cadangan seorang ibu Melayu Singapura

Menurut Naib Menteri Pendidikan Mohd Puad Zarkashi, perbuatan bertutur dalam bahasa Inggeris adalah ganjil dan menjejaskan kebudayaan dan identiti negara. Beliau mahukan pihak swasta bertutur dalam bahasa Malaysia sahaja dan sebarang surat kepadanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris akan ditolak dan penulis akan diminta menulis semula dalam Bahasa Malaysia.

# harap-harap Naib Menteri PENDIDIKAN ini tidak menonton wayang dalam Inggeris seperti “Star Wars”, "Lord of the Rings" dan sebagainya ataupun rancangan-rancangan televisyen (jua harap dia ungkapkannya sebagai “kotak berbayang-bayang”) bermutu di saluran “National Geographic” dan “History Channel”)


# saya juga berminat mendengar sama ada beliau bercadang menghapuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam sistem sekolah dan apakah kesannya terhadap pembekal buku-buku ini (yang mungkin kawan-kawan ahli-ahli politik atau tidak)

# saya juga berminat mendengar pendapat dan sumbangan beliau dalam usaha menarik pelabur, pelajar, pelancong dan persara asing mengunjungi negara kita.

Walau macammana pun, berikut adalah sungutan dan cadangan daripada seorang ibu kaum Melayu di Singapura. Sama-sama kita renung siapakah yang lebih munasabah hujahnya.

Ubahlah sikap pengajaran - Hasleen Bachik (Puan)


The Straits Times Novemrber 19, 2009

Saya merujuk kepada laporan semalam “MM Lee mahu pembelajaran Bahasa China dijadikan seronok”. Jika ikhtiar Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew termasuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai alat pembantu pembelajaran, maka ini akan banyak membantu para pelajar Bahasa Mandarin dalam sekolah.

Sebagai seorang pelajar Melayu yang cuba memperlajari Bahasa Mandarin di sekolah dalam tahun 70’an, ejaan dan penghafalan adalah mimpi ngeri saya.

Memang biasa saya dapat markah sifar kerana gagal menghafal perkataan China. Saya akhirnya mengalah dan menukar balik bahasa pertuturan saya kepada bahasa Melayu.

Pengalaman saya mempelajari Bahasa Mandarin itu memenuhi kegagalan kerana guru-guru saya dengan tegasnya menolak penggunaan Bahasa Inggeris untuk menolong pelajar mempelajari bahasa ibuandanya.*

(* nota penterjemah: pelajar-pelajar Puan Hasleen sebut itu adalah budak-budak kaum Cina Singapura)

Sikap “Bahasa Mandarin sahaja” kini berleluasa di kalangan guru-guru bahasa China yang melarang percubaan menterjemahkan perkataan-perkataan China kepada bahasa Inggeris dalam bilik darjah.

Sikap ini memang perkara biasa di kalangan guru yang berasal daripada sekolah aliran China yang bertekad menjaga keutuhan bahasa tersebut. Tetapi pengalaman saya menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat pembantu pengajaran menunjukkan ia amat berkesan. Tatkala anak perempuan saya, yang kini belajar Bahasa Mandarin atas permintaan ibubapa ipar saya, mulai diajar oleh seorang guru lelaki muda, markahnya berganda daripada 40’an kepada 70’an yang boleh dianggap memuaskan.

Sebab utama: anak saya jatuh cinta dengan bahasa ini kerana gurunya menterjemahkan perkataan-perkataan China kepada perkataan-perkataan Inggeris dalam bilik darjah. Guru ini membantu murid-murid seperti anak saya memahami dan mempelajari bahasa ini dengan lebih cepat.

Guru ini mengesahkan pandangan saya terhadap kemajuan anak saya dalam perjumpaan guru dan ibubapa apabila beliau dapat perhatikan kemajuan nan ketara di kalangan muridnuya dengan kaedah ini. Anak perempuan saya yang akan mengambil peperiksaan akhir sekolah rendahnya telah dapat mempertahankan pencapaiannya mendapat markah 70’an atau lebih dalam Bahasa China.

Mungkin ini bukanlah suatu pencapaian yang besar untuk murid-murid tertentu tetapi bagi suami dan saya, ini suatu pencapaian nan amat membanggakan kerana Bahasa Mandarin bukanlah bahasa pertuturan keluarga kami.

Akhirnya, hasrat kami adalah anak perempuan kami cintai bahasa ini dan bukanlah sekadar mendapatkan markah yang tinggi sahaja.

Saya berharap anak saya, yang akan menuntut dalam darjah keempat tahun depan, akan bertuah seperti kakaknya mendapat guru seumpama guru kakaknya dan ini akan memupuk minatnya dalam bahasa ini kerana pemahaman anak saya dapat dijalinkan menerusi kaedah ini. Saya belum berputus asa lagi. Bukan sekarang lagi.

No comments:

Post a Comment